CELAK- sebab pemakaian, cara dan jenis

Assalamualaikum semua. Lama tak update belog ni kan? *Fuhhhh! (tiup-tiup sawang) Okay, main point aku "CELAK- SEBAB PEMAKAIAN, CARA DAN JENIS". Lately aku tengok budak-budak laki gemor benor ye pakai celak. Bila ditanya jawabnya "Ala, Sunnah Nabi". Okay aku xlah cakap salah. Dan aku bukan la alim sangat bab-bab agama ni. Tapi, meh sini aku nak cerita. Kenapa nak pakai celak, bagaimana cara pemakaian celak yang dikatakan ikut sunnah nabi dan celak jenis apakah yang boleh digunakan.

Pertama, aku nak cerita kenapa orang pakai celak. Antara jawapan yang diberikan adalah :-

  1. Sunnah Nabi Muhammad S.A.W
  2. Nak mencerahkan mata katanya. Nak elakkan mengantuk?
Okay, meh sini nak cerita. Rasulullah S.A.W memakai celak ketika baginda ingin masuk tidur. Dan celak yang digunakan oleh baginda adalah jenis itsmid, iaitu celak yang jenis serbuk tu, dan dipakai dengan menggunakan logam besi, macam celak Mekah dolu-dolu tu. (Bukan celak pensel yang kebanyakan ada jual kat kedai n pasar malam.)

(sory owner blog, sy amek pic ni kat google image je tau, jgn saman sy~ )


Kenyataan ini berdasarkan hadis berikut :

 Ibnu Abbas meriwayatkan dari Nabi Shollallohu ‘Alaihi wasallam, bahwasanya beliau bersabda:

خَيْرُ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ. إِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ.
“Celak yang terbaik untuk kamu adalah itsmid. Sesungguhnya ia bisa menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”[1]
(copy paste dari sini)
Istmid ni dapat menguatkan mata, mengencangkan  urat saraf, dan menjaga kesihatannya. Ia juga dapat menghilangkan daging yang tumbuh di dalam bisul, menyembuhkannya, membersihkan kotoran-kotorannya dan mengeluarkan bisa di dalam bisul tu. Istmid juga boleh menghilangkan sakit kepala jika dicampur dengan madu cair yang halus dan digunakan untuk bercelak. Itsmid adalah celak mata terbaik, terutama bagi orang-orang tua dan orang-orang yang penglihatannya lemah. 
Bagaimana cara Rasulullah memakai celak? Korang jangan ingat sunnah nabi je, tapi cara pakai yang dikatakan sunnah nabi tu tak betul. Ibaratnya sunnah nabi tu hanya nak cover bila ditanya kenapa korang pakai celak tu. (Maaf kalau rasa kasar)

Dikeluarkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas r.a, katanya:
” Adalah di sisi Nabi s.a.w bekas celak, Baginda s.a.w bercelak daripadanya 3 kali bagi setiap mata."
Maksud ayat di sini, pemakain celak adalah tiga kali bergilir-gilir, dimulai dengan mata sebelah kanan, kiri dan dilakuakn secara berulang kali selama tiga kali SEBELUM TIDUR. Ingat ye, hanya SEBELUM TIDUR saja.
Kat sini aku nak masukkan juga antara hadis yang aku jumpa berkaitan dengan pemakaian celak ni :
  1. Daripada Ibnu Abbas juga katanya:-
Sabda Nabi s.a.w: ” Sebaik-baik celak mata bagi kamu ialah yang berwarna hitam, ia mengelokkan 
pandangan dan menumbuhkan rambut (bulu kening)”


2.  Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam sunannya. Daripada Abu Hurairah r.a, Katanya:Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda:                                                                                                                      “Barangsiapa yang bercelak mata hendaklah ia melakukannya dengan bilangan yang ganjil. Sesiapa yang bercelak dia telah melakukan kebaikan (dapat pahala) dan sesiapa yang tidak bercelak tiada kepayahan (dosa) baginya”.

3. 
اكْتَحِلُوا بِالْإِثْمِدِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ

Bercelaklah kalian dengan itsmid, karena dia bisa mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya)


4. 
عَلَيْكُمْ بِالْإِثْمِدِ عِنْدَ النَّوْمِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ
“Bercelaklah memakai itsmid ketika hendak tidur, karena ia dapat mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut” (HR. Ibnu Majah dalam Sunan-nya no.3846 bab Al Kahlu Bil Itsmid)


Hukum memakai celak :

Lelaki dan wanita memakai celak adalah harus hukumnya. Hukum ini keluar berdasarkan hadis berikut: 

“Bercelaklah kalian dengan itsmid, karena dia bisa mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya)

Kalian di sini merujuk kepada lelaki dan perempuan. Tetapi harus diingat bahawa perempuan jangan lah pakai terlampau over seperti pakai eyeshadow ke, lipstik terang sangat ke kerana itu telah mengikut cara berhias perempuan zaman Jahiliah. Kalau nak over-over, pakai dalam umah dan depan suami je.. Tak pe masa tu..

Kelebihan Memakai Celak:
  • Dapat membantu mencerahkan pandangan mata..
  • Dapat menyejukkan mata..
  • Boleh melebatkan bulu mata..
  • Mengelakkan daripada terkena penyakit mata..
  • Menambah seri muka dll.

Persoalan

Jika celak yang digunakan bukan dari Itsmid ia tetap boleh dipakai selagi mana namanya celak untuk kita memperolehi pahala sunnah..Tetapi fadilat dan hikmahnya mungkin berbeza kerana seperti yang kita tahu Itsmid telah disebut dalam hadis..

(contoh macam berus gigilah,,kalau ikut sunnah Nabi baginda kayu arak/sugi tapi kita sekarang gunakan berus gigi,,tetap dapat pahala jugak tapi fadilat die tuh sudah berbeza..)

Segala yang baik tu datang dari Allah, dan yang buruk tu datangnya dari aku sebagai insan yang lemah. Minta tegur jika ada salah dan silap..

psst**jom ikut Sunnah Rasulullulah S.A.W. tapi jangan tiru yang ni je, sunnah lain pun marilah kita amalkan~

4 comments:

  1. mcm mana nk pkai celak itsmid yg berserbuk tu???

    ReplyDelete
  2. salam..nak tanya skit..saya ada celak yang serbuk tu..dan batangnya ialah tiub kaca..so, biasanya, saya basahkan skit tiub kaca tu supaya serbuk tu melekat dekat tiub..ke tak payah nak basahkan tiub tersebut??mohon tunjuk ajar ye kak =D

    ReplyDelete

scutebutter91@gmail.com